fbpx

Bank Islam lancar aplikasi dan web baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Iran bersama Ketua Saluran Maya, Nur Fathimawati Zakaria menunjukkan aplikasi perbankan mudah alih BIMB MOBILE di majlis pelancaran platform perbankan digital teknologi terkini di Menara Bank Islam.

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) melancarkan aplikasi perbankan mudah alih BIMB Mobile (BIMB Mobile) dan BIMB Web (web.bimb.com) yang akan memberi manfaat kepada empat juta pelanggannya di seluruh negara dengan navigasi lebih lancar serta keselamatan dipertingkatkan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Bank Islam, Mohamed Iran Moriff Mohd.

Shariff, platform perbankan digital baharu itu direka untuk memenuhi skala penggunaan yang lebih besar dengan keupayaan yang diperluas dan lebih stabil berbanding perkhidmatan sebelumnya.

“Kedua-dua platform ini menawarkan fungsi komprehensif yang memperkasakan pengguna mengurus kewangan mereka dengan lebih mudah dan yakin.

“Ia diperkasa dengan ciri keselamatan yang ditambah baik, bersifat peribadi selain rekaan moden yang intuitif.

“Sehubungan itu, kedua-dua platform ini menawarkan pengalaman perbankan yang mudah dan khusus sekali gus memberikan kawalan transaksi sepenuhnya kepada pelanggan tanpa batasan waktu atau lokasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran platform perbankan digital berteknologi terkini, BIMB Mobile dan BIMB Web di sini, hari ini.

Jelas beliau, pelanggan baharu atau pengguna sedia ada GO by Bank Islam (GO) kini boleh memuat turun aplikasi baharu tersebut melalui Apple AppStore, Google PlayStore atau Huawei AppGallery.

“Platform GO dan Perbankan Internet Bank Islam (IB, www.bankislam.biz) akan terus beroperasi bagi memastikan perkhidmatan pelanggan tidak terganggu sepanjang proses peralihan ke platform baharu.

“Platform GO dan IB dijadual akan ditamatkan operasi sepenuhnya menjelang November 2025,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Iran Moriff berkata, aplikasi perbankan mudah alih terdahulu, GO telah memanfaatkan lebih 1.9 juta pelanggan aktif sejak kira-kira lima tahun lalu.

“Sehingga Oktober 2024, Bank Islam telah mencatatkan sejumlah 5.9 bilion transaksi dalam talian.

“Termasuklah 3.5 bilion daripadanya disempurnakan melalui platform Perbankan IB,” katanya. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI