fbpx

Banjir semakin pulih, tinggal 29 mangsa di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk sedang membersihkan rumahnya yang dilanda banjir di Teluk Kalong, Kemaman hari ini.

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir gelombang pertama yang melanda Terengganu sejak kelmarin semakin pulih dengan hanya Kampung Padang Kemunting, Kemaman yang masih terjejas.

Lima pusat pemindahan sementara (PPS) lain iaitu empat di Kemaman dan sebuah di Marang pula telah menutup operasi secara berperingkat sejak lewat petang ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, mangsa banjir di negeri ini hanya tinggal 29 mangsa daripada enam keluarga.

“Mereka termasuk dua kanak-kanak dan dan dua dua bayi masih menghuni PPS Balai Raya Kampung Padang Kemunting, Kemaman,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, hujan lebat yang berlarutan sejak lewat malam Isnin lalu sudah berhenti dengan cuaca di kebanyakan kawasan di negeri ini mendung.

Kosmo! hari ini melaporkan Terengganu dilanda banjir gelombang pertama musim tengkujuh ekoran hujan lebat berterusan selama lebih 14 jam pada kelmarin.

Ia menjejaskan lebih 2,700 mangsa di lima daerah iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu, Marang dan Dungun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI