fbpx

ASEAN-China jalin kerjasama erat dalam bidang pertanian, makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika menyampaikan ucapan di Seminar Kerjasama ASEAN-Henan.- Foto Facebook Mohamad Sabu.

PETALING JAYA – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menghadiri Seminar Kerjasama ASEAN-Henan berkenaan Makanan dan Pertanian di Zhengzhou, China anjuran Pusat ASEAN-China.

Seminar yang dihadiri oleh pemimpin dan pegawai kerajaan dari China dan negara anggota ASEAN bermatlamat meningkatkan kerjasama khususnya di dalam bidang pertanian dan keterjaminan makanan.

Menerusi hantaran di Facebook Mohamad berkata, kerjasama ASEAN dan China dalam bidang pertanian telah berlangsung lebih 30 tahun.

“2024 adalah tahun yang bersejarah buat Malaysia, di mana kita menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik dengan negara China yang merupakan antara terawal alam kalangan negara ASEAN.

“Henan dikenali sebagai ‘breadbasket’ kepada negara China kerana tanahnya yang subur dan menjadi antara penyumbang terbesar kepada penghasilan makanan ruji terutamanya bijiran.

“Ia juga mendahului dalam bidang teknologi yang menyokong pertanian moden dan mampan,” katanya.

Di dalam ucapannya, Mohamad menyampaikan keyakinan bahawa dengan inisiatif bersama di dalam inovasi, kualiti, teknologi dan produktiviti di dalam pertanian, ASEAN dan China mampu memenuhi pembangunan mampan serta keterjaminan makanan di rantau ini.

“Malaysia khususnya, menawarkan hubungan yang lebih erat dalam pelbagai bidang terutama dalam bidang pertanian kepada China dan negara-negara ASEAN,” tulisnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI