BUKAN sekali dua kisah kebaikan pelakon Shukri Yahaya diperkatakan khalayak, terutama dalam kalangan teman seperjuangan dan pihak yang pernah bekerjasama dengannya.
Setakat belanja makan sudah jadi perkara biasa, namun menghadiahkan sesuatu kepada orang terdekat sebagai tanda terima kasih itu ‘rare’.
Terbaharu, pelakon drama Andai Itu Takdirnya memberikan kejutan kepada jurusolek (MUA) yang selalu bekerja dengannya.
Memang nampak kegembiraan berbaur sayu pada wajah MUA tersebut sebaik sahaja aktor berkenaan menyerahkan hadiah.
Bukan harga mahupun jenis barang yang jadi perhatian, sebaliknya sikap pemurah Shukri membuatkan ramai mengkagumi caranya menghargai insan di sekeliling.
Patutlah rezekinya sentiasa murah. Mizz Lahar pun tumpang teruja tengok video yang memaparkan momen istimewa itu.
MIZZ LAHAR: Khabarnya seorang usahawan selebriti garang dengan pekerja dan kuat menengking. Takut!