fbpx

Afghanistan mahu jadikan Malaysia rujukan dasar pendidikan – KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kunjungan delegasi Kementerian Pendidikan Afghanistan ke Kementerian Pendidikan (KPM) pada awal bulan ini memberi pendedahan kepada mereka untuk melihat sendiri dan memahami model pendidikan terbaik di negara Islam moden yang disegani di peringkat antarabangsa.

KPM berkata, delegasi Afghanistan juga telah menyatakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai rujukan amalan terbaik dalam membangunkan dasar pendidikan di negara tersebut.

Ini khususnya daripada aspek pembangunan kurikulum, latihan dan pembangunan guru serta teknologi pendidikan.

“Komitmen KPM adalah selari dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lalu yang bersedia meningkatkan kerjasama dengan Afghanistan. Pada masa sama, hak pendidikan tidak boleh dinafikan.

“Justeru, Malaysia komited dan mendukung penuh hak pendidikan kepada wanita serta akses pendidikan kepada kanak kanak Perempuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, KPM turut mengesahkan kunjungan delegasi Kementerian Pendidikan Afghanistan itu dilaksanakan berdasarkan panduan dan nasihat Kementerian Luar Negeri (KLN).

Menurutnya, ia juga telah mendapat khidmat sokongan daripada kementerian dan agensi lain yang berkaitan bagi tujuan tapisan keselamatan dan pemantauan berterusan sehingga program selesai.

Katanya, kunjungan ini adalah suatu usaha untuk menyokong hala tuju pendekatan dasar luar Malaysia terhadap Afghanistan, yang mana Kerajaan Malaysia bersedia memberikan bantuan dari segi pembangunan kapasiti bidang kesihatan dan kemanusiaan yang akan menyumbang kepada kemajuan sosial negara tersebut.

“Menerusi kunjungan ini, KPM melaksanakan pembentangan yang memberi gambaran menyeluruh sistem pendidikan negara termasuk berkenaan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan dan wanita di Malaysia.

“Ia memperlihatkan sistem pendidikan negara yang inklusif serta tumpuan kepada peningkatan akses dan ekuiti merentasi status sosial ekonomi, gender, etnik dan geografi,” ujarnya.

KPM berkata, sistem pendidikan negara adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan 4: Pendidikan Berkualiti (SDG 4) termasuk untuk menghapuskan kesenjangan jantina dan memastikan akses sama rata dan menyeluruh di semua peringkat pendidikan.

Terdahulu media melaporkan, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menuntut penjelasan daripada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berhubung lawatan delegasi Kementerian Pendidikan Afghanistan pimpinan Taliban pada awal bulan ini.

Ahli Parlimen Bagan itu mendakwa beliau hanya mengetahui mengenai lawatan delegasi itu daripada laporan diterbitkan sebuah portal dalam talian, baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI