fbpx

8 maut, Perodua Alza bertembung pacuan empat roda di Pan Borneo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dari Perodua Alza yang remuk selepas bertembung dengan pacuan empat roda di Jalan Pan Borneo, berhampiran Sarikei.

SARIKEI – Tujuh warga Indonesia dan seorang warga tempatan meninggal dunia selepas kereta Perodua Alza dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda di Jalan Pan Borneo, dekat sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei Mahmudin Naruddin berkata dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada pukul 3.40 petang tadi, dua daripada mangsa tercampak keluar dari Perodua Alza terbabit dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian.

Manakala, katanya enam lagi mangsa tersepit di dalam kenderaan berkenaan, dan disahkan meninggal dunia selepas dikeluarkan dari kenderaan yang remuk itu.

“Mayat kesemua mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Mahmudin berkata, kesemua mangsa adalah lelaki namun maklumat peribadi mereka belum lagi diketahui dan katanya dua lelaki yang menaiki pacuan empat roda terbabit selamat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI