fbpx

18 kakitangan JIM KLIA dibuang kerja sejak 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibrahim ketika bercakap pada sesi libat urus pengarah imigresen KLIA bersama media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

SEPANG – Seramai 18 pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dibuang kerja bagi tempoh antara 2021 hingga kini.

Pengarah Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ibrahim Mohd Yusof berkata, kesemua mereka itu didapati telah melakukan pelbagai kesalahan jenayah termasuk rasuah dan dadah serta jenayah-jenayah lain.

Beliau berkata, pihaknya tidak pernah kompromi dalam kes-kes jenayah berkenaan terutama membabitkan anggota JIM.

“Selain tindakan buang kerja, ada kakitangan yang ditahan gaji serta ditangguh kenaikan gaji dan pangkat,” katanya ketika ditemui pada sesi ramah mesra JIM KLIA bersama pengamal media di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya akan terus menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan KLIA bersih dari segala aktiviti jenayah termasuk rasuah.

Ibrahim berkata, pihaknya juga sedaya upaya akan menutup segala ruang jenayah yang ada terutama membabitkan kakitangan dan pegawai JIM sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI