fbpx

[VIDEO] Ucapan ‘My Hayati’ pada majlis konvokesyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman tersebut yang tular di TikTok.

PETALING JAYA – Ucapan seorang graduan ketika Istiadat Konvokesyen di sebuah institut pengajian tinggi (IPT) menarik perhatian netizen apabila turut memberi penghargaan kepada teman istimewanya.

Melalui satu rakaman di TikTok, graduan tersebut tampil memberi ucapan berkenaan ketika menjadi penerima anugerah pelajar cemerlang (valedictorian) bagi sesi konvokesyen tersebut.

Graduan berkenaan pada mulanya menyampaikan penghargaan kepada kedua ibu bapanya yang dikatakan berkerja keras untuk membesarkannya.

Dia kemudian mengucapkan penghargaan kepada teman istimewa yang diberi gelaran ‘My Hayati’ (kehidupanku), menyebabkan hampir seluruh dewan bertepuk tangan.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

“’So sweet’ (sungguh manis). Harap kalau ada suami, dia sambung belajar lagi ke peringkat tinggi, mesti sebut nama aku ya,” kata Fina.

“Aku pula yang ‘blushing’ (tersipu-sipu),” kata Tin.

“Seronoknya dihargai begini, semoga bertemu jodoh awak dan ‘hayati’ awak,” kata Leen.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih sejuta kali. – KOSMO! ONLINE

@aimanariffinnnn Valedictorian Rizz 🙂 @nunu.lifter #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #uni #iium #convo #malaysia #konvo ♬ original sound – aimanariffinnnn

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI