PETALING JAYA – Tindakan pantas pekerja sebuah hotel menyelamatkan seorang kanak-kanak hampir lemas ketika mandi di sebuah kolam renang dipuji orang ramai.
Kejadian itu dirakam pelanggan hotel tersebut yang kebetulan sedang merakam suami dan anaknya mandi di kolam yang sama.
Menerusi video berdurasi lapan saat itu, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan terkapai-kapai di bawah gelongsor kolam renang.
Perakam video itu berkata, dia bagaimanapun tidak menyedari kejadian tersebut kerana leka melihat suami dan anaknya.
“Aku rakam Stapa (suami) dengan anak mandi, terkejut aku tengok staf lari punya pantas selamatkan budak itu daripada lemas,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.
Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata pengguna memuji tindakan pantas pekerja hotel terbabit selain ada yang mengecam ibu bapa kanak-kanak tersebut yang tidak memantau pergerakan anak mereka.
“Staff tempat ini memang bagus, pantau dekat kolam renang. Banyak kali dah menginap sini,” kata Syira.
“Terbaik, bagi anugerah kepada penyelamat kita. Tahap waspada ketika kerja sangat mantap,” puji Nik.
“Aku kalau pergi taman air, mata pantau budak-budak yang tak ada pengawasan mak ayah. Pernah jadi begini depan mata, bagi anak main tapi tak ada yang tunggu depan gelongsor, terkapai-kapai anak tu,” kata Puan Laila.
“Hari tu pernah selamatkan budak hampir lemas. Mak ayah duduk borak dekat tepi, lepas ayah dia nampak aku dukung anak dia, laju pula datang,” kongsi Belang. – KOSMO! ONLINE
@stapagonjeng P mandi tempat2 mcm ni kena alert , klu x lemas xpa .. kalau lemas hmmm nyesai seumur hidup .. jaga2 tw anak ampa klu bawa depa mandi kolam .. #hardrockcafe #hardrockpenang #thegonjeng #stapagonjeng ♬ Creepy Violins – Apollo Nove