fbpx

Tumbuk pengembara warga asing: Pegawai Imigresen tidak terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menegaskan insiden pengembara warga asing dilayan kasar termasuk ditumbuk oleh seorang pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, baru-baru ini tidak melibatkan pegawainya.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, dalam memberikan kemudahan kemasukan di KLIA, JIM bertanggungjawab memastikan keselamatan negara tidak dikompromi.

Katanya, setiap pengembara warga asing yang ingin masuk ke Malaysia perlu memenuhi syarat-syarat kemasukan sebelum diberikan kemudahan imigresen untuk memasuki negara ini.

“Bagi pengembara warga asing yang tidak dapat memenuhi syarat, satu Notis Penolakan Masuk (Not To Land – NTL) akan dikenakan.

“Berdasarkan Seksyen 24, Akta Imigresen 1959/63, pengembara warga asing yang telah dikenakan notis NTL akan diserahkan kepada syarikat penerbangan untuk diuruskan penghantaran pulang ke tempat embarkasi terakhir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, syarikat penerbangan bertanggungjawab memastikan pengembara yang telah di NTL untuk dihantar pulang dengan segera.

“Sementara menunggu untuk dihantar keluar, pengembara warga asing yang telah di NTL akan ditempatkan di ruang yang dikhaskan di holding lounge (HL).

“Ruang ini adalah ruang yang berhawa dingin, mempunyai kerusi menunggu dan berdekatan dengan kemudahan asas seperti tandas selain mereka diberi makan tiga kali sehari oleh syarikat penerbangan,” ujarnya.

Zakaria menegaskan, pihaknya komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan juga pengembara asing yang memasuki Malaysia.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan, seorang pengembara warga asing dikenakan NTL di KLIA Terminal 1 telah dilayan secara kasar termasuk ditumbuk oleh seorang pegawai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI