fbpx

Thailand atasi Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail pelancong melihat pemandangan Sungai Chao Praya, Bangkok. - Foto AFP

BANGKOK  – Thailand menjadi negara ketujuh terbaik di dunia untuk pelancongan sekali gus mengatasi negara jiran Asia Tenggara lain termasuk Indonesia, Malaysia dan Vietnam, lapor portal berita VNExpress kelmarin.

Menurut ranking yang dikeluarkan oleh U.S. News & World Report, Singapura menduduki tempat ke-14, Malaysia (31), Indonesia (32), Filipina (33), Vietnam (41), Kemboja (62) dan Myanmar (72).

Kedudukan itu berdasarkan tinjauan global terhadap lebih 17,000 responden yang menilai negara-negara itu berdasarkan faktor seperti pemandangan yang indah, kemesraan penduduk tempatan, pengembaraan dan kesedapan makanan.

Itali adalah negara terbaik untuk pelancongan diikuti oleh Sepanyol dan Perancis.

Thailand telah lama terkenal dengan pagoda emasnya, kemesraan penduduk tempatan dan polisi visa yang menggalakkan.

Sejak Julai lalu, Bangkok telah membenarkan 93 buah negara dan wilayah berbanding 57 sebelum ini yang mana penduduknya boleh memasuki Thailand tanpa visa dan tinggal selama dua bulan.

Thailand telah menerima hampir 30 juta pelancong asing setakat ini dan berada di landasan tepat bagi memenuhi sasaran 36 juta pelawat untuk 2024.

Bulan lalu, Thailand dan Vietnam adalah antara  dua negara Asia Tenggara yang dinamakan dalam senarai 20 negara terbaik dunia bagi pelancong oleh Conde Nast Traveler berdasarkan undian pembaca majalah itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI