fbpx

Tandas tempat paling tenang untuk lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Rata-rata golongan lelaki mengakui tandas adalah salah satu tempat atau ruang berehat paling tenang buat mereka terutama ketika berada di rumah.

Ia adalah bagi menjawab kepada pertanyaan para wanita yang mempersoalkan mengapa lelaki atau suami gemar duduk lama di dalam tandas selain golongan tersebut juga kerap dilihat memasuki ruang kecil tersebut.

“Tak faham lelaki boleh duduk dalam tandas lama-lama. Kadang 10 minit tunggu pun tak siap lagi. Kita ini nak duduk dua minit pun dah terasa lama,” soal Hareiza.

“Dekat rumah dah berjam-jam dalam tandas, dah keluar pun, ajak singgah tandas lagi, kecil betul tangki orang lelaki. Tak faham. Kadang siap bawa rokok ‘berkampung’ dalam tandas,” luah Seroja.

Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, para suami juga bersetuju bahawa berada di tandas mampu menenangkan diri mereka daripada masalah selain dapat menikmati tempoh ‘me time’ (masa bersendiri).

“Saya akui sekali masuk tandas dekat sejam juga baru keluar. Lebih kepada menenangkan diri sambil hisap rokok. Kalau para isteri ‘me time’ di pusat membeli belah, kami para suaki cukup di tandas, sudah tenang,” kata Azizan.

“Kadang tandas di jadi tempat berfikir. Sambil rehatkan diri, sambil berfikir. Lagi-lagi bila isteri ajak keluar, saya cari tandas dulu. Bukan nak membuang pun, tapi fikir apa alasan terbaik nak beri pada isteri untuk tak jadi keluar, poket pun tak tebal hujung-hujung bulan,” kongsi Shahman.

“Kami cari ilham dalam tandas. Bunyi air dari paip itu juga mampu menenangkan jiwa kami para suami. Hampa (anda) golongan isteri mana tahu,” jelas Khai.

“Saya pernah bawa ladtop (komputer riba) masuk tandas siapkan kerja. Dekat bilik habis anak-anak kacau, memang itu la pilihan yang ada selain perlu kekuar rumah,” kongsi Shein. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI