fbpx

SPRM tahan empat penguatkuasa terima rasuah RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat penguatkuasa disyaki meminta dan menerima dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan, pagi tadi.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan empat penguat kuasa disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1,000 daripada seorang individu.

Ia sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang bagi kesalahan cukai jalan dan permit Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) yang telah tamat tempoh.

Permohonan reman kesemua suspek dibuat di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan, pagi tadi.

Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah membenarkan reman selama empat hari sehingga 23 November ini.

Menurut sumber, keempat-empat suspek lelaki berusia antara 20-an hingga 40-an telah ditahan kira-kira jam 5 hingga 6 petang ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan, semalam.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 12 November lalu berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban.

“Salah seorang suspek disyaki menerima wang rasuah melalui transaksi pindahan ke akaun bank milik seorang individu lain (pihak ketiga) berjumlah RM1,000,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI