fbpx

Rumah penghulu terbakar, peruntukan kerajaan RM12,000 hangus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sabri melihat sisa kebakaran selepas rumahnya di Kampung Telaga Lanas, Tumpat hangus dijilat api hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL

TUMPAT – Wang tunai RM12,000 yang akan digunakan untuk membeli khemah dan menyiapkan projek stor di bawah Program Sejahtera Komuniti Madani (Sejati Madani) hangus selepas rumah penghulu Mukim Ketil di Kampung Telaga Lanas di sini terbakar hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu menyebabkan keseluruhan kediaman Mohd. Sabri Daud, 53, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Mukim Ketil musnah dijilat api.

“Ketika hampir terlelap, saya terdengar bunyi letupan kecil dari arah stor rumah yang sudah siap 95 peratus. Stor tersebut merupakan ruang tambahan yang bercantum dengan dinding ruang tamu.

“Saya bingkas bangun selepas melihat api dari kawasan stor tersebut. Terkejut dengan bunyi itu, saya segera mengangkat cucu sebelum mengejutkan isteri dan anak kembar berusia 16 tahun untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Mohd. Sabri memberitahu, dia bersyukur kerana semua ahli keluarganya selamat, namun tidak sempat menyelamatkan wang tunai peruntukan Sejati Madani yang digunakan untuk membeli khemah dan menyiapkan projek stor di kampung berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI