fbpx

‘Roadtax’ lesen fizikal kembali tahun depan, ada bayaran tambahan – MOT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menawarkan pilihan kepada orang ramai sekiranya mereka ingin mendapatkan cukai jalan dan lesen memandu secara fizikal seperti sebelum ini.

Menterinya, Anthony Loke berkata, tawaran tersebut akan dilaksanakan bermula tahun depan menerusi satu inisiatif baharu, namun ia akan melibatkan satu kadar bayaran.

Ini kerana kata beliau, ada segelintir pihak mahukan cukai jalan dan lesen memandu dikeluarkan secara fizikal biarpun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan pendigitalan.

“Masih ada lagi rungutan orang ramai bahawa mereka ingin melihat atau mencetak lesen atau cukai jalan. Memang kita akan tambah baik.

“Awal tahun depan kita akan umumkan satu inisiatif kepada mana-mana pihak atau orang ramai yang ingin mencetak lesen mereka secara fizikal mereka. Mungkin kena bayar pencetakan itu,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang bertanyakan keberkesanan pendigitalan memberikan penjimatan apabila kurangnya pencetakan.

Dalam pada itu, Loke memberitahu aplikasi Mobile MyJPJ sudah dimuat turun 13.7 juta pengguna sejak dilancarkan tahun lalu.

“Dari segi transaksi orang yang memperbaharui cukai jalan atau lesen mereka pula mencecah lebih 1 juta transaksi manakala jumlah kutipan MyJPJ ini pula setakat 31 Oktober pula mencatat hampir RM121 juta,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI