fbpx

RM20,000 menanti pemancing di Tasik Permaisuri Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamal (Tengah) ketika majlis pelepasan spesis baung untuk Cabaran Memancing Kuala Lumpur Ahad ini.

KUALA LUMPUR- Hadiah termasuk wang tunai keseluruhan bernilai RM20,000 menanti peserta Cabaran Memancing Kuala Lumpur 2024 yang diadakan di Tasik Permaisuri Ahad ini.

Pertandingan yang mendapat sokongan Tourism Malaysia (TM) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta sebuah syarikat swasta itu dijangka disertai 500 peserta.

Timbalan Pengarah TM Wilayah Tengah, Kamal Ais berkata, pihaknya menggalakkan rakyat Malaysia merancang percutian domestik, sekali gus menyokong penggiat industri pelancongan tempatan melalui program Cabaran Memancing Kuala Lumpur ini.

“Program ini bertujuan memberi motivasi dan sokongan kepada penggiat industri pelancongan di Kuala Lumpur bagi merangsang pertumbuhan industri pelancongan di ibu kota terutamanya tasik-tasik di Kuala Lumpur dan aktiviti ini sememangnya dinantikan kaki pancing khususnya yang tinggal di ibu negara.

“Tasik ini menjadi sebutan kaki pancing kerana mempunyai spesies berharga seperti tilapia, patin, belida, toman, keli, serta ketutu,” katanya ketika melepaskan hampir 200 kilogram (kg) ikan baung berat antara 600 gram hingga 2kg.

Juara pertandingan akan membawa pulang wang tunai RM6,000, naib juara RM2,000, tempat ketiga RM1,000 dan keempat hingga ke-10 (RM200).

Yuran RM50 dikenakan untuk sebatang joran dan 400 penyertaan awal akan menerima baju-T sumbangan penaja.

Pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandingan Sabtu ini mulai jam 4 petang hingga 7 malam dan keesokannya kaunter dibuka dari jam 6.30 pagi hingga 10 pagi.

Pertanyaan lanjut berkaitan pertandingan ini, orang ramai boleh menghubungi urus setia di talian 013-2661077 atau melayari laman sosial facebook.com/jorankl. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI