fbpx

Remaja langgar polis trafik dikenakan bon berkelakuan baik, lesen digantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah turut menggantung lesen memandu tertuduh yang masih di bawah umur selama lima tahun.

SEREMBAN – Seorang remaja berusia 17 tahun dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun dengan cagaran RM1,000 di Mahkamah Khas Trafik di sini hari ini atas pertuduhan menunggang secara berbahaya dan melulu sehingga mencederakan anggota polis trafik Julai lalu.

Mahkamah turut menggantung lesen memandu lelaki di bawah umur tersebut selama lima tahun bagi kesalahan sama.

Majistret Nurul Azuin Mohd. Talhah memerintahkan demikian selepas tertuduh yang hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda mengaku bersalah atas kesalahan yang dilakukannya pada 13 September lalu.

Mengikut pertuduhan, penunggang motosikal Yamaha Y15ZR itu didakwa menunggang secara melawan arus sehingga menyebabkan kecederaan parah terhadap anggota polis trafik.

Kesalahan dilakukan pada pukul 2 pagi di Kilometer 36, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) arah selatan di sini pada 28 Julai lalu.

Pada 28 Julai lalu, Kosmo! melaporkan anggota polis trafik dan seorang remaja lelaki parah apabila motosikal yang ditunggang mereka bertembung di Kilometer 36, Lebuhraya Lekas arah selatan.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI