fbpx

Pelanggan kedai makan bergaduh diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pergaduhan berkenaan.

KUALA SELANGOR – Polis mengesan sekumpulan lelaki bagi membantu siasatan berhubung satu kes pergaduhan di sebuah kedai makan di Taman Rhu, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada pemilik premis pada pukul 3.52 petang, 10 November lalu.

Katanya, seramai 10 lelaki dipercayai membuat bising dan bergaduh dalam premis berkenaan. Siasatan mendapati pergaduhan meletus apabila salah seorang daripada mereka bangun dan pergi ke meja pelanggan lain.

“Suspek kemudian menampar seorang lelaki dan berlaku pergelutan. Sebuah meja dalam kedai itu turut diterbalikkan. Insiden pergaduhan tersebut berjaya dileraikan pemilik premis yang meminta mereka supaya beredar keluar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi tiga minit memaparkan suasana tenang bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki bergaduh di dalam kedai tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI