fbpx

NATO bedil artileri ‘di laman belakang’ Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASKAR NATO melepaskan bedilan artileri semasa Eksesais Perbatasan Dinamik di rantau Lapland, Finland pada 17 November lalu. – AFP

HELSINKI – Beribu-ribu anggota tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara(NATO) mengambil bahagian dalam eksesais artileri berskala besar di rantau Artik sebelah Finland pada bulan ini.

Bunyi bedilan meriam dan roket kedengaran di serata kawasan berbukit dan bersalji Lapland ketika kira-kira 3,600 askar Amerika Syarikat, Sweden, United Kingdom, Perancis dan anggota NATO lain melakukan latihan tembakan peluru hidup sepanjang bulan ini.

Mereka merupakan sebahagian daripada latihan artileri terbesar NATO di Eropah dinamakan Perbatasan Dinamik 25. Siri latihan itu termasuk bedilan artileri di Estonia, Jerman, Romania dan Poland yang keseluruhannya melibatkan seramai 5,000 askar.

Penyelidik Institut Hal Ehwal Antarabangsa Finland, Joel Linnainmaki berkata, latihan tentera itu adalah mesej kepada Russia yang berkongsi sempadan sejauh 1,340 kilometer dengan Finland.

“Eksesais NATO ini bertujuan menunjukkan kepada negara-negara lain dan dalam kes ini, khususnya Russia bahawa perikatan ini bersatu dan berupaya melindungi anggota-anggotanya,” kata  Linnainmaki.

Eksesais itu adalah latihan tentera berskala besar pertama diadakan di Finland selepas Helsinki menyertai NATO tahun lalu sekali gus memansuhkan dasar berkecualinya susulan pencerobohan Russia di Ukraine dalam tahun 2022.

Penyertaan Helsinki menimbulkan kemarahan Moscow yang sudah lama menentang perluasan NATO.

Finland menyertai NATO juga membawa bersama 280,000 askar perikatan tersebut ke perbatasan utara dan hampir dengan sempadan Russia. – AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI