fbpx

Mula-mula bergelut kemudian terbaring tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa berserta senjata pisau yang ditemui di lokasi kejadian.

KUALA LANGAT – Seorang lelaki asing mati ditikam di bahagian rusuk dengan menggunakan pisau selepas bergelut di tepi jalan di Telok Panglima Garang di sini, semalam.

Mangsa berusia 34 tahun ditemukan dlaam keadaan terbaring oleh orang awam pada pukul 7.20 malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Mohd. Sufian Amin berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian sebelum lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh petugas Hospital Banting.

Katanya, semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki bergelut dengan mangsa sebelum melarikan diri.

“Terdapat satu tikaman pada rusuk kiri mangsa. Polis kemudian menahan tujuh lelaki asing berusia 30 hingga 49 tahun di Telok Panglima Garang pada pukul 9 malam hari sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kesemua suspek direman selama enam hari sehingga 25 November ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca dan penglibatan semua suspek dalam kes tersebut,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah di talian 03-31872222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI