fbpx

Mengapa pentas nyanyian menghadap kubur?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pentas yang menghadap kubur, dan bukannya tetamu. - TikTok

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan pentas nyanyian sebuah majlis perkahwinan didirikan berhadapan dengan sebuah kawasan perkuburan, lapor laman berita Wolipop hari ini.

Berdasarkan video yang dimuat naik di platform TikTok, kelihatan seorang wanita sedang menyanyi di atas pentas yang menghadap ke arah jalan raya.

Di seberang jalan terdapat sebuah kawasan perkuburan.

Menurut salah seorang ahli kumpulan muzik yang dijemput ke majlis itu, Iwan, acara tersebut berlangsung di Bangka Selatan, wilayah Bangka Belitung.

“Pada awalnya, kami agak terkejut melihat lokasi majlis kerana ia agak tidak sesuai. Apatah lagi kumpulan kami dikenali dengan tarian yang energetik.

“Namun, ketika masa berlalu, kami mula berasa selesa,” ujarnya.

Tambah Iwan, keadaan tanah yang mempunyai tebing dan kawasan majlis yang berada di tepi jalan utama menyebabkan pihak tuan rumah tidak mempunyai pilihan selain mendirikan pentas di situ.

“Sangat sukar untuk membuat susun atur pentas kerana keadaan tanah yang bertebing,” ujarnya.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Mengapa tidak menghadap (pentas) ke arah tepi sahaja?” soal seorang netizen.

“Inilah yang dinamakan sambil membayangkan masa depan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI