fbpx

Lelaki jatuh Sungai Perak ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengangkat mayat lelaki yang ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Perak di Jambatan Batu Lima, Teluk Intan semalam. - Foto IHSAN JBPM

TELUK INTAN – Lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Perak di Jambatan Batu 5 di sini semalam ditemui lemas hari ini.

Mayat Ng Weng Lum, 48, dijumpai nelayan pada pukul 9.09 pagi berhampiran Jeti Tapak Semenang kira-kira 4.5 kilometer (km) dari lokasi mangsa terjatuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, pihaknya pergi ke lokasi tersebut untuk mengambil mayat mangsa menggunakan bot penyelamat.

Menurut Mohd. Ismail, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diaktifkan selepas pihaknya menerima maklumat pada pukul 7.15 pagi semalam.

Operasi turut disertai dua anjing Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

“Operasi pencarian mangsa yang bermula semalam diperluaskan sehingga 12km dari lokasi lelaki itu dipercayai lemas dengan menggunakan kaedah ‘surface searching’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI