fbpx

Kontena bawa batang buluh diarah patah balik ke China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kontena berisi batang buluh diperiksa di NBCT, Pulau Pinang, hari ini.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang mengarahkan kontena dagangan berisi batang buluh dari China seberat 6,025 kilogram (kg) berpatah balik ke negara asalnya.

Arahan itu dikeluarkan susulan pemeriksaan rutin di Pelabuhan Kontena Butterworth (NBCT), di sini hari ini.

Jurucakap Maqis negeri berkata, dagangan yang dianggarkan bernilai RM 47,701.67 itu telah ditahan dan tidak dibenarkan masuk ke dalam negara selepas pemeriksaan mendapati terdapat maklumat berbeza dan mengelirukan pada dokumen import.

“Kita turut mengesan bahan cemar pada barang dagangan berkenaan. Tiada kompromi akan diberikan kepada mana-mana syarikat yang melanggar ketetapan undang-undang demi menjamin keselamatan dan keterjaminan industri pertanian negara,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI