SUSULAN perubahan bentul fizikal Mahalini yang kelihatan semakin berisi, peminat rancak ‘berkompang’ penyanyi itu kini berbadan dua.
Khabar angin itu semakin kencang bertiup apabila ramai mendakwa nampak ‘baby bump’ Mahalini baru-baru ini.
Ketika itu Mahalini berduet dengan penyanyi Adrian Khalif di majlis ulang tahun anak Atta Halilintar.
Berdasarkan bentuk perut isteri Rizky Febian itu, ramai menjangka kandungan sudah mencecah tiga bulan, bahkan bapa mentuanya yang juga pelawak, Sule mengakui ada firasat bakal menimang cucu perempuan.
Biarpun tidak mengiakan perkara itu, komen diluahkan seakan mengesahkan Mahalini dan Rizky bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi.