fbpx

Harimau Malaya bakal raih ranking baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SATU kemenangan dan satu keputusan seri mampu membantu skuad negara melonjak kedudukan ranking dunia. - FB FAM

DUA aksi tanpa kalah pada aksi persahabatan kali ini termasuk kejayaan mengikat India 1-1 pada aksi di di Stadium Gachibowli, Hyderabad kelmarin dan kemenangan ke atas Laos di Bangkok pada Khamis lalu menyaksikan posisi Harimau Malaya dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dijangka meningkat.

Skuad kendalian Pau Marti Vicente itu berjaya meraih +2.97 mata FIFA hasil kemenangan berdepan Loas dan tambahan +0.16 mata ketika mengikat pasukan di ranking ke-125 dunia kelmarin.

Hasil keputusan itu membolehkan Harimau Malaya mengumpul 1117.05 mata secara keseluruhan sekali gus memungkinkan berlaku perubahan pada kedudukan ranking semasa skuad negara yang menghuni tangga ke-133 dunia ketika ini.

Berdasaran perkiraan yang dilakukan, Harimau Malaya berpeluang untuk mendaki lima lagi anak tangga untuk berada di kedudukan ke-128, namun masih bergantung kepada beberapa lagi perlawanan melibatkan pasukan lain yang masih berlangsung.

Proses kemaskini kedudukan ranking terbaharu hanya akan diumumkan oleh FIFA pada 28 November nanti.

Lonjakan ranking tersebut pasti memberikan motivasi tambahan buat skuad negara yang sedang membuat persiapan untuk menghadapi saingan Piala ASEAN 2024 yang bermula 8 Disember nanti.

Malah, pertemuan menentang India kelmarin turut memberi bayangan buat Pau Marti untuk mempersiapkan skuad terbaik ekoran beberapa tonggak tidak mendapat pelepasan kelab apabila pertandingan tersebut berlangsung di luar kalendar FIFA.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI