fbpx

Hampir pengsan, menggeletar lihat anak bawah MPV – Bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosli (kanan) menunjukkan gambar arwah yang maut dalam kemalangan itu. - Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – Luluh hati seorang bapa melihat jasad anaknya dikeluarkan selepas digilis kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 36, Jalan Klang-Teluk Intan di sini, kelmarin.

Kemalangan melibatkan tiga kenderaan itu meragut nyawa Allahyarham Muhammad Rosshah Nizam, 21. Dalam kejadian pada pukul 7 malam itu, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y16.

Bapa mangsa, Rosli Othman, 48, berkata, dia berasa curiga selepas dihubungi seorang rakan yang memaklumkan mengenai kemalangan itu yang disangka menimpa anak saudaranya malam kelmarin.

“Pada waktu itu, hati saya kuat mengatakan ia tidak melibatkan anak saudara kerana mereka kebanyakannya sudah berkahwin dan menetap jauh dari daerah ini.

“Setibanya di lokasi kejadian, saya terkejut apabila mendapati kemalangan tersebut melibatkan anak kandung sendiri yang sudah tidak bernyawa.

“Tubuh saya menggeletar dan hampir pengsan melihat orang awam mengeluarkan mayat anak dari bawah kenderaan itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pasir Tuntong di sini, hari ini.

Rosli memberitahu, kejadian berlaku ketika anak kedua daripada empat beradik itu dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Jeram, di sini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI