fbpx

DUN Selangor: Ramai pemilik rumah ambil kesempatan mohon bantuan bencana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Ramai pemilik rumah di negeri ini dikesan mengambil kesempatan memohon bantuan meskipun bukan mangsa bencana.

Exco Pengurusan Bencana Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, ini menyebabkan berlakunya kelewatan bagi urusan pembayaran sumbangan kepada mangsa yang terjejas.

“Mereka ini bukan kena (terjejas) bencana tetapi kemungkinan tinggal di kawasan sama. Banyak contoh adalah tuan rumah, namun yang tinggal adalah penyewa. Yang sepatutnya memohon penyewa, tetapi tuan rumah ambil kesempatan mohon juga. Banyak berlaku kes sebegitu.

“Kalau kes kebakaran, tuan rumah boleh berbincang dengan penyewa untuk membuat tuntutan, namun perlu ada dokumentasi seperti pengesahan bagi membuktikan itu adalah rumahnya.

“Kalau penyewa buat tuntutan, perlu maklumkan mereka adalah penyewa.Dapatkan pengesahan tuan rumah selain buat laporan polis dan bukti berlaku kebakaran hantar ke unit bencana sebelum diproses ikut prosedur yang ditetapkan,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Terdahulu, Datuk Noorazley Yahya (PN-Bukit Melawati) mahu mengetahui perancangan kerajaan bagi memudahkan permohonan dan pemprosesan untuk mangsa bencana termasuk banjir.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik itu, antara punca lain kelewatan pembayaran disebabkan dokumen yang tidak lengkap, bukan warganegara dan bertindih daripada mangsa dan waris.

Kata beliau, antara langkah penyelesaian dilaksanakan adalah dokumen laporan polis dibuat secara berkumpulan untuk satu-satu kawasan yang terkesan akibat bencana.

Sebanyak RM50,000 disediakan bagi tabung bencana peringkat daerah untuk memudahkan pengeluaran dan penyerahan bantuan kepada mangsa selain peruntukan tambahan khas bagi bencana besar dalam tempoh tujuh hari setelah dokumen lengkap diperoleh daripada Pejabat Daerah dan Tanah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bantuan bencana bagi banjir termenung sebanyak RM500, manakala bagi banjir kilat yang tidak melibatkan pemindahan mangsa pula sebanyak RM250 yang merupakan kadar maksimum setahun.

“Bantuan bagi kes kebakaran yang musnah keseluruhan sebanyak RM500 manakala musnah sebahagian RM250. Bagi mangsa tanah runtuh serta ribut pula, bantuan diperuntukkan adalah berjumlah RM500.

“Peruntukan bantuan kepada waris mangsa bencana yang meninggal dunia adalah sebanyak RM1,000,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI