fbpx

Debat cungkil bakat pelajar petah berbicara, patah hujah – Zambry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertandingan Debat Diraja antara IPT berlangsung di Unimas malam tadi

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berharap Pertandingan Debat Diraja antara institusi pengajian tinggi (IPT) akan diteruskan dan lebih meriah pada tahun-tahun akan datang.

Ujar beliau, debat merupakan platform bagi mencungkil bakat pelajar untuk petah berbicara, pantas berfikir dan tuntas dalam mematahkan hujah-hujah tertentu.

Kata beliau, paling penting adalah debat akan melahirkan pelajar yang mampu melontarkan idea dan cadangan secara bernas dan spontan.

“Medan seperti ini untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang mempunyai kombinasi cemerlang akademik dan juga luar bidang akademik.

“Aktiviti seperti ini akan membentuk jati diri pelajar yang akan mudah beradaptasi apabila keluar bekerja kelak,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Zambry memaklumkan, beliau merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Debat Diraja antara IPT Ke-25 yang diadakan di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) malam tadi.

Beliau berkata, Pertandingan Debat Diraja antara IPT terus berkembang dan melahirkan ramai tokoh-tokoh besar kepimpinan negara.

Jelas beliau, kali pertama pertandingan Debat Diraja diadakan pada tahun 1995 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

“Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Kategori Bahasa Melayu, Kategori Bahasa Inggeris dan Kategori Bahasa Arab.

“Tahniah kepada pasukan yang berjaya. Bagi mereka yang belum berjaya, ini bukan pengakhiran tetapi langkah awal untuk mencipta kejayaan masa akan datang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI