fbpx

Bekas guru sekolah didakwa kemuka 19 MC palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairiah ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Seorang bekas guru sekolah rendah didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas 15 pertuduhan mengandungi butir matan palsu sijil cuti sakit (MC) antara 2019 hingga 2022.

Tertuduh, Khairiah Razali,49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Mengikut kesemua pertuduhan, Khairiah yang kini bertugas sebagai penolong pengarah di sebuah agensi kerajaan didakwa melakukan kesalahan itu ketika menjadi guru dengan mengemukakan 19 keping sijil cuti sakit yang mengandungi butir matan palsu kepada guru besar sekolahnya bagi memperoleh kelulusan cuti sakit meskipun tidak mendapatkan rawatan di klinik terbabit.

Perbuatan itu dilakukan di pejabat sekolah berkenaan di Puchong dekat sini antara April 2019 hingga Disember 2022.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara selama dua tahun, atau denda, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muaz Ahmad Khairuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya membenarkan Khairiah Binti Razali dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM8,000 bersama seorang penjamin selain syarat tambahan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah, melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran pada minggu pertama setiap bulan dan tidak boleh menganggu saksi-saksi pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 24 Januari 2025.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI