fbpx

Balai Polis Kuala Krau, dua kali diserang komunis dijadikan galeri polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAHAYA Othman menandatangani Batu Tanda Peringatan Serangan Subuh Berdarah Balai Polis Kuala Krau di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Balai Polis Kuala Krau yang menyimpan sejarah hitam negara apabila dua kali diserang komunis pada 1948 dan 1949 yang turut dikenali dengan peristiwa subuh berdarah akan dijadikan galeri polis di negeri ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, balai polis yang terletak di pekan Kuala Krau itu dicadang ditransformasikan kepada sebuah galeri atau muzium polis selepas balai polis Kuala Krau baharu siap dalam tempoh terdekat.

“Banyak sejarah perjuangan anggota polis di negeri ini pada tahun 40-an dan 50-an di seluruh negeri, jadi ia akan menjadi ‘one stop centre’ bagi menyimpan sejarah perjuangan pahlawan negara.

“Kita harap dengan adanya muzium ini kita dapat paparkan kisah sejarah, gambar gambar, dokumen dan semangat juang anggota polis dahulu dalam mempertahankan tanah air,” katanya pada majlis meletakkan Batu Tanda Peringatan Serangan Subuh Berdarah Balai Polis Kuala Krau di Balai Polis Kuala Krau di sini hari ini.

Balai polis Kuala Krau menyimpan sejarah pahit apabila diserang komunis pada 1948 dan 1949, iaitu sebelum berlakunya serangan balai Polis Bukit Kepong pada 1950.

Lebih membanggakan apabila dalam serangan itu pihak komunis gagal menawan balai polis berkenaan walaupun dikepung kira-kira 250 pengganas komunis sedangkan polis hanya mempunyai kekuatan kira-kira 30 anggota.

Menurut Yahaya banyak kisah-kisah serangan komunis dan perjuangan anggota polis boleh disimpan untuk tatapan generasi akan datang di galeri balai polis berkenaan.

Katanya, ini termasuk kejadian serangan balai polis Mengkarak di Bera dan kejadian di daerah lain seperti di Bentong dan Raub.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI