fbpx

2.6 juta pelajar sudah tebus Baucar Buku Madani – Kah Woh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kah Woh melancarkan Projek CSR berteraskan ESG oleh Perbadanan Kota Buku (PKB) di Cyberjaya. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

CYBERJAYA – Seramai 2.6 juta murid dan pelajar lepasan menengah di seluruh negara sudah membuat penebusan Baucar Buku Madani setakat hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, jumlah itu meliputi 71 peratus atau kira-kira RM203.28 juta nilai penebusan baucar daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM284 juta.

“Setelah lima bulan, pihak Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan penebusan baucar buku dan tempoh penebusan masih boleh dilaksanakan sebelum 31 Disember ini. Kita yakin menjelang akhir tahun keseluruhan penebusan dibuat anak-anak.

“KPM bersama Perbadanan Kota Buku dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta pejabat pendidikan daerah termasuk sekolah masing-masing giat berusaha untuk memastikan penebusan tinggi supaya dapat mencapai satu prestasi baik dalam penebusan baucar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berteraskan Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) oleh Perbadanan Kota Buku (PKB) di sini, hari ini.

Baucar Buku Madani diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 30 Mei lalu.

Baucar bernilai RM50 diberikan kepada murid Tahun 4 ke atas, manakala RM100 diberikan kepada murid sekolah menengah, pelajar kolej vokasional, tingkatan enam, matrikulasi dan Insitut Pendidikan Guru (IPGM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI