fbpx

144,589 ahli KWSP dilindungi insurans hayat, penyakit kritikal – MO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 144,589 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membeli membeli insurans perlindungan hayat dan insurans penyakit kritikal di bawah Program i-Lindung.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, kesemua ahli KWSP tersebut telah memanfaatkan kemudahan pengeluaran simpanan daripada Akaun Sejahtera atau dahulunya dikenali sebagai Akaun 2.

Beliau berkata, jumlah pengeluaran terlibat adalah sebanyak RM44.2 juta sejak diperkenalkan pada Julai 2022 sehingga September lalu.

“Bermula Februari 2024 pula, KWSP telah menambahbaik i-Lindung Fasa 2 di bawah Pelan Perlindungan Ahli di mana ahli KWSP boleh menggunakan simpanan dalam Akaun Sejahtera untuk membeli produk insurans konvensional dan takaful untuk perlindungan hayat dan insurans penyakit kritikal untuk ahli keluarga terdekat mereka,”katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Chiew Choon Man (PH-Miri) yang bertanyakan adakah KWSP) boleh memperkasakan program i-Lindung melalui subsidi dan rundingan bersama syarikat insurans.

Langkah itu katanya, agar perlindungan perubatan dapat ditawarkan sehingga umur 99 tahun pada kadar yang berpatutan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI