PETALING JAYA – Yaya Empire Perfume menggunakan pendekatan serampang dua mata dalam pengoperasiannya untuk menambah jualan setiap bulan dan juga mengukuhkan jenamanya melalui penganjuran tajaan bagi acara anjuran syarikat lain.
Pengasas syarikat, Nadia Mat Isa berkata, dengan cara tersebut jenama produk keluarannya lebih dikenali ramai serta dalam masa dapat meluaskan rangkaian pemasarannya untuk pelan jangka panjang.
Menurut beliau, ini adalahh inisiatif paling berkesan kerana ia dapat memberi peluang kepada syarikat untuk bergabung dengan beberapa usahawan berjaya lain sekali gus ia akan dapat mempromosikan produk sedia adanya kepada pelanggan baharu.
“Sebagai contoh saya menaja Fantastic Food Festival anjuran Kak Nab di Alor Star yang mempunyai ramai usahawan terkenal serta mempunyai pengikut dan pelanggan yang ramai.
“Pada acara yang berlangsung di Kedah baru-baru itu terdapat lebih setengah juta orang menonton acara tersebut sekali gus mereka memberi sokongan kepada usahawan yang mengambil bahagian,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.
Syarikat mengeluarkan produk wangian yang berkualiti dan kini telah berjaya menembusi pasaran di negara jiran seperti Indonesia dan Singapura, Thailand dan Korea Selatan.
Selain itu, Nadia menjelaskan bersandarkan kepada perkembangan tersebut, pihaknya kini tidak berkira untuk melabur bagi tujuan tajaan dalam usaha memperkenalkan jenama itu ke pasaran lebih meluas.
Pada masa sekarang, syarikat turut aktif menaja festival Bossku Mega Expo serta acara anjuran pelbagai pihak lain.
Yaya Empire sendiri mempunyai 1,500 usahawan sehingga kini di mana 99 peratus adalah golongan wanita dan suri rumah.
“Hakikat kehidupan hari ini begitu mencabar kerana masyarakat berdepan dengan cabaran kos taraf hidup yang tinggi, jadi para wanita terpaksa berusaha gigih untuk menjana pendapatan sekali gus membantu suami.
“Lebih menarik, ada usahawan Yaya Empire yang sudah menjana pendapatan mencecah tujuh angka sebulan bermula dengan modal awal hanya RM80 sahaja.
“Kita sedia membimbing usahawan baharu asalkan mereka rajin dan berusaha bersungguh-sungguh,” katanya.
Sementara itu, tambah Nadia bagi, perancangan lima tahun juga sedang direalisasikan dalam memastikan usahawan produk itu berada pada landasan yang betul dan berjaya menjana pendapatan. -KOSMO! ONLINE