fbpx

Waspada amaran hujan berterusan – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan penduduk di kawasan yang terlibat dengan amaran hujan berterusan agar sentiasa berwaspada.

Beliau juga meminta orang ramai untuk mengambil berat keadaan cuaca semasa bagi mencegah kejadian tidak diingini.

“Hujan lebat yang berterusan ini dijangka berlaku sehingga 23 November 2024, melibatkan kawasan-kawasan di Terengganu, Pahang, Johor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Pastikan anda sentiasa mengikuti arahan dan maklumat terkini dari pihak berkuasa, terutama sekali berkenaan risiko banjir dan keselamatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid menasihatkan orang ramai melindungi diri dan keluarga serta elakkan sebarang aktiviti yang boleh mengundang bahaya.

“Untuk perkembangan terkini dan maklumat sahih mengenai keadaan cuaca, layari laman web rasmi dan media sosial Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) atau melalui aplikasi myCuaca,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI