PETALING JAYA– Dua beranak melakar sejarah tersendiri apabila menerima skrol bersama-sama dalam satu konvokesyen baru-baru ini.
Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, Clumsytea menyaksikan gelagat kedua-duanya bergaya dengan jubah konvokesyen sebelum majlis bermula mencuit hati netizen.
Difahamkan dua beranak itu graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
“Dulu malas nak sambung belajar sebab dah selesa kerja. Tapi ibu ajak sambung belajar sama-sama. Katanya, baru tak bosan,” kongsi anak itu menerusi kapsyen videonya.
Saat menerima skrol ijazah di atas pentas menjadi momen paling istimewa, dimulai dengan anak, diikuti oleh ibunya.
Video tersebut bukan sahaja menyentuh hati ramai netizen, malah mengundang pelbagai komen lucu dan positif.
“Mesti seronok kalau mak ajak lepak. Malam-malam boleh buat tugasan sama-sama dengan mak. Kalau sedih, boleh nangis sama-sama juga,” tulis seorang pengguna bernama Nur.
“Mesti tak boleh nak main-main dalam kelas sebab mak ada dekat sebelah,” tambah Sophia sambil berseloroh.
“Kalau macam ini, duit belanja makan pun tak perlu risau sebab mak ada sekali dekat kolej,” ujar Kyuu. -KOSMO! ONLINE
@clumsytea_ Dulu kita tanak sambung belajar sbb dah selesa kerja masa umur 19 & tak ada kawan nak sambung degree. Tapi ibu kata, ibu kata jom kita sambung belajar sama2 baru lah tak bosan 🤣 #uitm #konvouitm100 #uitmconvocation #uitmshahalam ♬ glue song sped up – 🎀