fbpx

Setahun untuk pulihkan anak-anak GISBH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah rumah amal yang diserbu pihak berkuasa dalam Op Global di Selangor.

SHAH ALAM – Tempoh pemulihan anak-anak Global Holdings Sdn. Bhd (GISBH) di Selangor memerlukan sekurang-kurangnya setahun.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia merupakan dapatan awal dengan melibatkan dari segi kebajikan, kesihatan dan pendidikan serta akidah bagi memastikan pemulihan yang komprehensif dan berkesan kepada anak-anak tersebut.

Katanya, bagaimanapun ia dibatasi dengan aspek perundangan dalam penjagaan anak-anak itu.

“Kita ada batas perundangan (penjagaan) sehingga 20 November ini dan mempunyai lanjutan berdasarkan undang-undang sehingga Januari.

“Empat bulan tersebut adalah tempoh sangat kecil atau singkat yang tidak mungkin mereka berada dalam keadaan atau situasi lebih baik.

“Idealnya untuk dapat laksanakan secara berterusan dibawah kawalan kita namun akan menghormati batas undang-undang,” katanya pada sidang akhbar Pasukan Petugas Khas Pemulihan Anak-Anak GISBH hari ini.

Beliau turut memaklumkan kerajaan negeri akan membawa pulang 200 lagi anak-anak Selangor yang terkait dengan GISBH yang berada di rumah perlindungan di negeri-negeri lain bagi proses pemulihan sewajarnya.

“Selapas berjaya laksanakan 200 anak-anak GISBH di negeri ini dan mendapat maklum balas positif, kita akan bawa 200 lagi yang berada negeri lin.

“Kita akan mencari lokasi yang sesuai sama ada melibatkan universiti atau pusat-pusat latihan di bawah kelolaan kerajaan negeri (bagi pemulihan 200 lagi anak-anak GISBH itu),” jelasnya.

Dalam pada itu, Amirudin menjelaskan penyerahan sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM100,000 kepada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bagi memastikan pelan pemulihan dilakukan secara komprehensif dan berkesan terhadap anak-anak yang diselamatkan itu.

“Sebahagiannya sumbangan adalah bagi keperluan aspek kebajikan dari segi peralatan di pusat perlindungan,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI