fbpx

Pusat hiburan tawar GRO tempatan diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serbuan dilakukan terhadap pusat hiburan menawarkan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) warga tempatan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Polis menyerbu sebuah pusat hiburan yang menawarkan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) warga tempatan di Jalan Kuchai Lama, di sini, awal pagi tadi.

Serbuan Op Noda KL Strike Force itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan melarikan diri dalam kalangan pekerja warga asing dan pekerja wanita namun digagalkan pasukan serbuan ketika pemeriksaan premis dilakukan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, serbuan dilakukan sekitar pukul 3.30 pagi itu membawa kepada pemeriksaan dan dokumentasi terhadap 103 individu berusia 23 hingga 53 tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya menahan 10 individu iaitu seorang wanita tempatan berperanan sebagai penjaga premis serta sembilan lelaki warga asing yang bekerja sebagai pelayan di pusat hiburan berkenaan.

“Semakan mendapati warga asing terdiri daripada lima Bangladesh, tiga Myanmar dan seorang Kemboja,” katanya hari ini.

Beliau berkata, ujian air kencing dilakukan turut mendapati tiga lelaki tempatan positif dadah.

Tambahnya, polis turut merampas peralatan audio selain resit perniagaan.

“Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Brickfields untuk disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan (AHWP) 1992 dan Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI