fbpx

PPS mula beroperasi di Meraga Beris, Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penduduk mula berpindah dari rumah mereka yang mula ditenggelami banjir di Perumahan Rumah Mampu Milik Telok Kalong, Kemaman hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Meraga Beris, Kijal, Kemaman dekat sini mula beroperasi secara rasmi berikutan banjir yang mula melanda daerah ini hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, PPS tersebut mula menerima mangsa banjir dari sekitar Kampung Meraga Beris pada pukul 1 tengah hari tadi.

“Setakat ini 12 mangsa daripada dua keluarga telah mendaftar masuk ke PPS Balai Raya Kampung Meraga Beris terbabit,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, hujan masih turun di sebahagian besar negeri ini termasuk Kemaman.

Difahamkan selain Kampung Meraga Beris, sebahagian mukim Kijal dan Kemasik, Kemaman mula dilanda banjir musim tengkujuh.

Pasukan penyelamat sedang membantu mengeluarkan penduduk Perumahan Rumah Mampu Milik Teluk Kalong, Kemaman untuk berpindah ke PPS Pusat Latihan Darul Iman (DITC), Telok Kalong, Kemaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI