fbpx

Polis tangkap anak lelaki Puteri Mahkota Norway

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 16 Jun 2020 menunjukkan Borg Hoiby duduk bersama bondanya, Puteri Mahkota Mette-Marit di Oslo. – AFP

OSLO – Polis menyatakan hari ini bahawa anak lelaki Puteri Mahkota Norway, Mette-Marit telah ditangkap kerana disyaki merogol.

Suspek yang berumur 27 tahun,  lahir daripada hubungan terdahulu sebelum Mette-Marit berkahwin dengan Putera Mahkota Hakon dalam tahun 2001.

Polis memberitahu dalam satu kenyataan akhbar bahawa Marius Borg Hoiby ditangkap petang semalam.

“Dia disyaki melanggar kanun jenayah melibatkan hubungan seks dengan seseorang yang tidak sedarkan diri atau atas sebab lain, tidak berdaya menolaknya,” demikian menurut kenyataan polis.

Borg Hoiby pernah ditahan 4 Ogos lalu susulan pertengkaran pada waktu malam di dalam apartmen  milik seorang wanita di Oslo. Dia dituduh menyebabkan kecederaan kepada mangsa yang menjalinkan hubungan dengannya, kata polis.

Dia diberkas sekali lagi pada September lalu kerana ingkar perintah mahkamah.

Berhubung kes terbaharu tersebut yang mempunyai kaitan dengan kejadian sebelum ini, polis belum memutuskan untuk menahan reman Borg Hoiby.

Borg Hoiby dan adik-beradik tirinya, Puteri Ingrid Alexandra, 20, dan Putera Sverre Magnus, 18, dibesarkan bersama-sama oleh Mette-Marit dan Hakon. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI