fbpx

Piala Supermokh 2024 serlahkan bakat muda negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad NFPD A dinobatkan selaku juara kategori B-12 selepas menang aksi final semalam.

KUALA LUMPUR – Kejohanan Piala Supermokh 2024 yang dianjurkan buat kelapan dianggap sukses kerana berjaya menyerlahkan bakat-bakat terbaik bola sepak negara selepas mempamerkan mutu perlawanan yang positif..

Pengurus Besar Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Muhammad Yusoff Ibrahim berkata, walaupun berdepan beberapa halangan namun semua perancangan berjalan dengan lancar.

“Secara keseluruhannya kami merasa puas hati dengan keseluruhan perjalanan kejohanan.

“Meskipun ada beberapa halangan contohnya keadaan cuaca hujan yang tidak menentu, kesemua perlawanan yang telah di jadualkan dapat berjalan dengan baik.

“Kejohanan ini juga telah berjaya menyerlahkan bakat-bakat terbaik bola sepak negara yang dapat dikesan melalui mutu perlawanan yang ditunjukkan,” katanya.

Mengulas lanjut, daripada aspek teknikal, persaingan antara pasukan yang bertanding semakin berkualiti dan berintensiti tinggi.

“Kami melihat dan percaya pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan kali ini telah bersiap sedia sejak awal tahun lagi untuk merebut gelaran kejuaraan.

“Pada masa sama, kita juga mendapat maklum balas mengenai peningkatan penyertaan pasukan yang telah menyatakan minat mereka untuk menyertai kejohanan ini pada tahun hadapan.

“NFDP akan mengambil semua pandangan dari semua pihak yang menyertai kejohanan ini dan akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal NFDP bagi penambahbaikan bagi kejohanan akan datang.

“Tahniah kepada pasukan NFDP A (B12), Zhejiang PFC (B13) dan Akademi JDT yang menjadi juara setiap kategori,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN