fbpx

Persepsi Genting Highlands judi tidak betul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BENTONG – Persepsi Genting Highlands hanya sebagai pusat perjudian adalah tidak benar kerana pusat peranginan tersebut adalah pusat tarikan pelancongan yang menarik dan sesuai untuk keluarga.

Pengerusi Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri, Datuk Amizar Abu Adam berkata, selain pelbagai tarikan pelancongan keluarga yang menarik, pengiktirafan halal juga telah diberikan kepada beberapa restoran di pusat peranginan tanah tinggi itu.

“Di dalam Bentong ini kita ada Genting Highlands, orang ingat di Genting Highlands ini nak berjudi sahaja, dahulu ya persepsi masyarakat, Genting judi, Genting judi, namun hari ini kita nak tukar pula persepsi itu.

“Ini matlamat kerajaan negeri Pahang, perlahan-lahan kita akan ubahkan menjadikan Genting ini lebih holistik bukan sahaja yang digembar-gemburkan,”katanya ketika berucap pada Karnival Tanah peringkat daerah Bentong di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Menurut Amizar, Genting Highlands bukanlah semata-mata pusat perjudian kerana pelbagai produk pelancongan menarik disediakan seperti taman tema yang sesuai untuk keluarga.

Katanya, pemberian sijil halal kepada restoran di Genting Highlands juga memberikan kemudahan kepada orang Islam yang berkunjung ke pusat peranginan itu untuk makan bersama keluarga.

“Sebab itu tuan puan baru-baru ini Genting diberikan sijil halal bukan bagi yang haram tu (kepada kasino) tak, namun ada beberapa restoran di Genting itu perlu diiktiraf sebagai halal untuk memudahkan orang orang Islam naik ke atas untuk bercuti.

“Tuan puan pun tahu judi ini sudah tidak perlu fizikal dah, dalam telefon bimbit dah ada judi dalam talian, ini satu lagi masalah kerajaan kita untuk membanteras judi ‘online’,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI