fbpx

Pencemaran sisa ubat-ubatan jejas jantina hidupan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pencemaran sisa kimia dari pelbagai jenis ubat bukan sahaja mengancam kualiti air Sungai Langat di Selangor, malah menjejaskan jantina hidupan di saliran ini.

Timbalan Pengarah Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Munira Muhammad berkata, hasil dapatan mengenai kandungan sungai ini pernah didedahkan berhubung bahaya kualiti air di situ mengakibatkan sebahagian besar ikan berubah menjadi transgender.

Kajian itu ujarnya, mendapati antara punca pencemaran itu ialah sikap masyarakat tidak bertanggungjawab membuang sesuka hati aneka ubat sehingga menyebabkan kesan buruk kesihatan manusia kerana sepanjang Sungai Langat menempatkan tujuh buah loji rawatan air.

“Penyelidikan oleh pelbagai pakar luar turut menyenaraikan kekotoran sungai tersebut sehingga menduduki tangga ke-20 paling tercemar dengan bahan kimia.

“Masyarakat digesa untuk membuang ubat yang tidak diingini kepada lebih 700 premis farmasi di seluruh negara bagi dilupuskan secara lestari dan selamat.

“Saya rayu tolong jangan buang dalam sinki, tandas, longkang atau tong sampah tetapi hantar kepada mana-mana lokasi yang ditetapkan oleh pihak kementerian,” katanya pada Bengkel Bersama Media bersempena Minggu Kesedaran Kerintangan Antimikrob (AMR) Sedunia di sini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI