fbpx

Pemandu BMW tular langgar adik Naura didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kuhan Raj (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu kereta jenis BMW yang sebelum ini tular selepas merempuh sebuah motosikal yang dinaiki tiga beranak sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan maut Jumaat lalu, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Bagaimanapun tertuduh, P.Kuhan Raj, 31, yang mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Haneefa Ariffin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memandu kereta jenis BMW dengan laju sehingga menyebabkan kematian pembonceng motorsikal, Nur Naura Nathifa Mohd.El-Khuwailid, 7, di Lebuhraya Bukit Jalil menghala ke Puchong pukul 9.50 malam pada 15 November lalu.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Salsabila Mohammad menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Namun peguam Inderpal Singh memohon jaminan rendah memandangkan anak guamnya merupakan penanggung tunggal keluarganya.

“Tertuduh menanggung isteri yang merupakan suri rumah, dua anaknya masing-masing berusia dua dan empat tahun, serta ibu bapanya yang uzur,” kata peguam itu.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Majistret Haneefa kemudian membenarkan ikat jamin jaminan sebanyak RM12,000 selain mengarahkan agar lesen memandu tertuduh digantung berkuat kuasa serta-merta sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Januari tahun depan bagi sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan selepas motosikal yang dibonceng bersama ibu bapanya dirempuh dari belakang.

Ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke hospital oleh orang awam dan anak mangsa berusia 7 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI