fbpx

Peluang Malaysian Tigress cipta sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain negara akan berhadapan China selak naib juara Olimpik Paris pada aksi separuh akhir ACT petang ini. - AHF

SKUAD hoki wanita negara mula memasang impian tinggi untuk melangkah ke pentas final buat kali pertama dalam sejarah Trofi Juara-Juara Asia (ACT) sejak penganjuran pertama pada 2010 selepas berjaya melangkah ke separuh akhir pada edisi kali ini.

Kejayaan itu hadir selepas Malaysian Tigress menang 2-0 ke atas Thailand dalam aksi terakhir round robin di Stadium Hoki Rajgir, Bihar, India kelmarin sekali gus menempah pertemuan menentang China petang ini.

Ketua jurulatih skuad wanita negara, Nasihin Nubli Ibrahim menjelaskan, kejayaan itu secara tidak langsung mencerminkan perkembangan positif hoki wanita Malaysia dengan peningkatan prestasi yang ketara dan kedudukan lebih baik berbanding dua edisi terdahulu.

“Ini adalah satu pencapaian baik untuk hoki wanita negara. Pertama kali kita layak ke separuh akhir ACT dan kredit wajar diberikan kepada pemain-pemain yang menunjukkan persembahan terbaik sepanjang kejohanan ini.

“Bagi kita, tiada apa yang perlu dirisaukan. Tekanan lebih besar pada mereka (China). Kita akan berikan yang terbaik dan fokus pada setiap perlawanan. Insya-Allah, kita akan cuba sesuatu seperti mana yang telah dijanjikan sebelum ini,” kata Nasihin.

Tambahnya, kemenangan tersebut adalah hasil kerja keras dan dedikasi pasukan yang turut dibarisi ramai pemain muda berbakat besar.

Bagaimanapun, Malaysian Tigress tidak boleh terlalu selesa kerana China pastinya akan menampilkan prestasi sebenar mereka setaraf dengan status selaku pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024.

Oleh itu, barisan kejurulatihan dan pemain perlu memperbaiki segala kelemahan bagi mengelak mengalami kekalahan 0-5 kepada lawan di ranking keenam dunia tersebut sewaktu aksi kedua round robin sebelum ini.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik skuad negara di pentas ACT adalah tempat ketiga sewaktu edisi 2013 di Kakamigahara, Jepun yang mana ketika itu mereka menewaskan China 3-1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI