fbpx

Pelajar maut jatuh bangunan sekolah cedera leher, kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang ketika di lokasi pelajar perempuan maut terhatuh bangunan sekolah di Jelutong, malam tadi.

GEORGE TOWN – Punca kematian pelajar perempuan tingkatan dua yang maut terjatuh dari koridor tingkat lapan di sebuah sekolah menengah di Jelutong di sini semalam akibat jatuh dari tempat yang tinggi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, keputusan tersebut diperoleh sejurus proses bedah siasat selesai dijalankan hari ini.

“Bedah siasat bermula pukul 9 pagi tadi dan doktor mengesahkan punca kematian pelajar terbabit adalah kecederaan pada bahagian kepala dan leher akibat jatuh dari tempat tinggi,” katanya di sini sebentar tadi.

Difahamkan, mayat pelajar perempuan terbabit sudah dituntut ahli keluarganya tadi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan polis menemui nota yang ditulis mangsa di lokasi kejadian, koridor sekolah berkenaan.

Mangsa meninggalkan nota yang mengatakan dia mengalami tekanan perasaan dalam mata pelajaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI