fbpx

‘Nak makan, nak tidur…. Nur Aisyah cari mak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD IKHMAL DANISH bersama kakak dan adik-adiknya termasuk Nur Aisyah Humairah (tengah) tinggal di rumah datuknya di Flat Taman Cendana , Pasir Gudang, Johor Bahru. Foto BAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Setiap kali waktu makan, anak bongsu daripada lima beradik, Nur Aisyah Humairah Mohd. Ridzwan, 3, akan memanggil dan mencari ibunya sebelum menangis teresak-esak.

Muhammad Ikmal Danish, 15, berkata, situasi itu membuatkan mereka sekeluarga tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata memandangkan Aisyah masih kecil dan tidak mengerti apa yang berlaku.

“Sekali kali disuap bubur, Aisyah akan panggil ‘mak’. Selepas saya pujuk dan jelaskan mak sudah tiada, Aisyah akan menangis.

“Begitu juga ketika hendak tidurkannya, Aisyah kerap mencari mak, puas saya dan nenek cuba memujuk Aisyah supaya dia tenteram,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Flat Taman Cendana, di sini hari ini.

Sabtu lalu, pasangan suami isteri, Mohd. Ridzwan Mohd. Rudi, 37, dan Linda Mohd. A.Aziz, 35, maut di lokasi kejadian selepas motosikal Honda Vario yang ditunggang dirempuh pemandu mabuk di Jalan Besar/ Jalan Mesjid di sini, kira-kira pukul 4 pagi.

Pasangan itu meninggalkan lima anak iaitu Nur Aleesha Aindah Abdullah, 17, (orang kurang upaya), Muhammad Ikmal Danish, 15, Nur Shahkira, 14, Nur Shahmira, 12, dan Nur Aisyah Humairah, 3.

Kesemua mereka kini di bawah jagaan datuk dan nenek sebelah keluarga bapa, iaitu Ramlah Kasiran, 56 dan suami, Mohd. Rudi Abdul Rahman, 61 yang bekerja sebagai pemandu Forklift akan mengambil tanggungjawab menjaga semua cucunya itu.

Dalam pada itu, Muhammad Ikmal memberitahu, dia mahu melanjutkan pengajian dalan aliran teknik dan vokasional (TVET) kerana minat dalam kursus penghawa dingin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI