fbpx

MPH Alamanda dibuka semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cross (kiri), Fadhlina dan Penasihat Khas Kumpulan Yayasan Al-Bukhary, Datuk Seri Abdul Aziz Shahar melihat pilihan buku di MPH Bookstores Alamanda, Putrajaya hari ini. – FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Rangkaian kedai buku gergasi, MPH Bookstores melancarkan cawangan ke-10 mereka di pusat beli belah Alamanda, di sini hari ini.

MPH Bookstores pernah berope­rasi di lokasi sama sebelum ini sehingga pandemik ­Covid-19.

Ia kini dibuka kembali selepas dua tahun ditutup dengan ­wajah serta reka bentuk lebih segar seperti yang ditonjolkan kedai utama MPH Bookstores di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.

Majlis perasmiannya disempurnakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Ketua Pegawai Eksekutif MPH Bookstores, Martin Cross ­berkata, cawangan berkeluasan 5,000 kaki persegi itu ­memperlihatkan reka bentuk kontemporari yang menggunakan elemen kayu ­cerah dan pe­rincian gangsa.

“Kami pernah berada di lokasi ini sebelum ini dan kami sangat teruja untuk kembali dengan le­bih baik dan berani.

“Dengan reka bentuk menarik serta koleksi buku dan barangan yang disusun dengan baik, kedai ini direka khusus menjadi ruang yang dihargai oleh pembaca, keluarga dan pengunjung,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdapat pelbagai pilihan buku fiksyen dan bukan fiksyen dalam Bahasa Inggeris dan Melayu ditawarkan, selain koleksi buku ulang kaji sekolah.

Martin berkata, pembukaan semula cawangan itu menandakan langkah seterusnya dalam pembaharuan dan kebangkitan semula MPH Bookstores di negara ini.

“Pembaharuan ini dimulakan dengan pembukaan kedai utama kami di The Exchange TRX. Kami berazam untuk terus menyokong sektor pendidikan di negara ini,” ujarnya.

Sementara itu, Fadhlina memuji usaha MPH Bookstores kerana terus komited dalam mempromosikan literasi dan pendidikan.

“Memupuk budaya membaca dalam kalangan generasi muda amat penting bagi membina masyarakat yang berilmu dan berpandangan jauh,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI