fbpx

Malaysia berisiko hilang RM100 bilion eksport sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari (kiri) melawat bilik kawalan kilang memproses sawit di Minsawi Industries (Kuala Kangsar) Sdn. Bhd. di Kuala Kangsar hari ini. FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

KUALA KANGSAR – Negara berisiko kehilangan RM100 bilion nilai eskport sawit jika soal mewajibkan geran tanah dan lesen tidak ditekankan dalam kaedah penanaman serta penjualan buah kelapa sawit ke kilang pemprosesan.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ini kerana setiap kilang pemprosesan itu mematuhi syarat pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang merupakan kehendak oleh pengimport terutamanya Kesatuan Eropah (EU).

Jelasnya, soal pemilikan tanah yang dibuktikan dengan geran tanah dan lesen merupakan syarat sebagai bukti dalam menguruskan penerokaan hutan tanpa kawalan yang menjejaskan alam sekitar.

“Selepas tahun 2020, kalau membuka hutan dan menanam sawit, tidak boleh dapat MSPO. Kalau tak dapat pensijilan MSPO, bagaimana hendak menjual buah. Kilang-kilang memproses ini ada sijil MSPO, dan mereka tidak boleh mengambil buah yang dikutip daripada hutan yang dinyahkan.

“Kalau tanaman lain saya tidak masuk campur, tetapi untuk sawit ini kita kena jaga. Kalau kita tidak berjaga-jaga, kita akan hilang RM100 bilion ini,” katanya semasa melawat kilang sawit di sini hari ini yang merupakan pusat pemprosesan sawit pertama yang menerapkan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Johari berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang meminta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melonggarkan syarat penjualan buah kelapa sawit tanpa perlu mewajibkan geran tanah dan lesen kerana ia membebankan pekebun kecil khususnya masyarakat Orang Asli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI