fbpx

Lelaki rempuh kereta dekat sekolah di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan senario rempuhan kereta di luar sekolah rendah Yongan di Changde, wilayah Hunan, tengah China hari ini. – AFP

BEIJING – Polis menyatakan hari ini bahawa seorang lelaki ditahan selepas merempuh keretanya di luar  sekolah rendah di sebuah bandar di tengah China, menyebabkan sejumlah kanak-kanak cedera.

Beberapa klip video awal tentang insiden hari ini  telah dipadamkan daripada media sosial China, membayangkan peristiwa yang mengakibatkan banyak kematian atau kecederaan.

Agensi berita rasmi, Xinhua bagaimanapun melaporkan, ‘berbilang pelajar cedera’, manakala stesen penyiaran rasmi CCTV pula menyatakan, ‘angka kecederaan spesifik’ sedang disiasat.

Polis di bandar Changde, wilayah Hunan, tengah China berkata, kejadian itu berlaku sejurus sebelum pukul 8 pagi(waktu tempatan).

Changde mempunyai lebih lima juta penduduk.

Menurut polis, seorang lelaki berusia 39 tahun yang mempunyai nama keturunan Huang kini ditahan.

Tambah pihak berkuasa, kecederaan yang dialami oleh mangsa-mangsa adalah tidak mengancam nyawa.

Rakaman yang tersebar di media sosial China menunjukkan senario di tempat kejadian  selepas insiden berlaku dengan berpuluh-puluh kanak-kanak berlari dalam keadaan panik sambil menjerit ‘tolong, tolong’.

Rempuhan itu berlaku di luar sekolah rendah Yongan, Changde.

Kerajaan pusat di Beijing enggan memberikan butiran lanjut apabila ditanya tentang kejadian itu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI