fbpx

Koridor baharu ekonomi pelancong PD dilaksana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi sewaktu berucap pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bersama kerajaan Negeri Sembilan.

PORT DICKSON – Koridor baharu ekonomi khusus bagi sektor pelancongan dan perkhidmatan di daerah Port Dickson kini sedang dilaksanakan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri Sembilan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, perkara itu mengambil kira sektor perkhidmatan dan pelancongan yang merupakan antara penyumbang paling signifikan kepada ekonomi Negeri Sembilan dan kedudukan strategik negeri ini dan daerah Port Dickson.

“Negeri Sembilan sewajarnya boleh pergi jauh sebagai pusat pelancongan dan rekreasi seluruh Semenanjung Malaysia terutama di pantai barat kerana jajaran pantai yang paling panjang dan boleh digunakan untuk tujuan pelancongan adalah di Negeri Sembilan.

“Latar belakang itulah yang dibincangkan beberapa tahun di antara Kementerian Ekonomi dan kerajaan Negeri Sembilan iaitu bagaimana untuk membangunkan satu koridor baharu yang berasaskan pelancongan dan perkhidmatan.

“Usaha untuk membangunkan koridor ini dapat diusahakan bersama walaupun kerajaan Persekutuan tidak akan ada satu pihak berkuasa koridor baharu tetapi ia boleh dibangunkan secara terus di antara kerajaan negeri dan kementerian berkaitan” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bersama kerajaan Negeri Sembilan di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI